malaynews1. Powered by Blogger.

Penafian Polis Klang Tentang Wujudnya Serangan Ganas Antara Kaum



Beliau berkata, khabar angin yg tersebar menerusi khidmat sistem pesanan ringkas (sms) dan di Facebook itu adalah berniat jahat dan boleh mencetus huru-hara serta masalah perkauman di negara ini.

"Hasil siasatan mendapati tiada sebarang laporan mengenai kejadian seumpama itu. Polis mengesahkan tiada sebarang bukti dan maklumat yg menyokong dakwaan berkenaan.

Ada khabar angin mengatakan penunggang motosikal dilarang pergi ke kawasan Pandamaran, Klang hingga ke Pelabuhan Klang bagi mengelakkan menjadi mangsa. Dakwaan seperti ini boleh menggugat ketenteraman orang awam," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin yg tersebar di laman sosial dan perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yg sah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
Tag : Isu Semasa
0 Komentar untuk "Penafian Polis Klang Tentang Wujudnya Serangan Ganas Antara Kaum"
Back To Top