malaynews1. Powered by Blogger.

Anak Rozita Che Wan Dapat Kereta Sport


Menurut isteri kepada pelakon Zain Saidin ini, dia sekadar menjawab pertanyaan pihak media.

"Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk, orang yg buat cerita dan nampak seperti saya yg nak menunjuk-nunjuk. Bila media tanya betul ke nak bagi anak kereta, saya jawab ya. Bukan nak heboh ke apa, mereka yg besarkan isu ini, jadi nampaklah seperti riak.

"Bila jadi macam ni, saya sudah tidak mahhu bercakap hal itu lagi. Ammar, pun ada cakap kalau mami dok cerita nanti ada penjenayah dok culik mami, macam mana?", katanya yg mengakui risau tentang kemungkinan tersebut.

Tambah Che Ta lagi, hadiah yg diberi sebagai tanda penghargaan kepada anaknya sebagai galakkan dan pendorong untuk lebih maju dalam pelajaran.

Baru-baru ini Ammmar mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Justeru Che Tah berhasrat mahu membelikan anaknya itu sebuah kereta mewah jenis BMW X6. Bagaimanapun Ammar memilih kereta lain iaitu kereta jenis Audi R8 yg harganya kira-kira RM660,000.

"Sebenarnya benda tu biasa saja, ramai orang lain yg beri hadiah macam-macam pada anak mereka, bila isu sebegini diperbesarkan, ia nampak seperti saya yg riak.

"Lagipun, dia anak saya, bukan anak orang lain. Apa yg saya beri tu tanda penghargaan buat dia atas pencapaian cemerlang dia". katanya sambil tersenyum.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Anak Rozita Che Wan Dapat Kereta Sport"
Back To Top