malaynews1. Powered by Blogger.

Lana Nordin Masih Mencari Jodoh


Lana Nordin masih lagi menantikan pasangan yg sesuai untuk dijadikan sebagai teman hidupnya.

Pelakon Lana Nordin mengakui masih belum bertemu jodoh sejak putus cinta dengan aktor Johan As'ari pada akhir tahun lalu.

Lana berkata, dia enggan terlalu teruja dalam mencari pasangan yg sesuai sebaliknya hanya menyerah perkara itu kepada takdir.

"Jodoh itu kan di tangan Tuhan. Siapalah saya untuk menentukannya.

"Saya tidak serik dengan cinta, cuma masih belum bertemu dengan jodoh yg sesuai," katanya kepada mStar Online yg dihubungi pada petang Khamis.

Tambah Lana, buat masa ini, dia lebih senang dengan statusnya sebagai wanita solo namun tidak menolak sekiranya bertemu dengan lelaki yg sesuai dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Lana yg baru pulang dari menunaikan Umrah di Mekah pada 28 Februari lalu berkata, dia kini lebih tenang dalam menjalani kehidupan hariannya.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Lana Nordin Masih Mencari Jodoh"
Back To Top