malaynews1. Powered by Blogger.

Kenapa Akaun Twitter Anak Ketua Pramugara Di Gantung?




Akaun twitter anak perempuan kepada ketua pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari, digantung baru-baru ini dan menyebabkan ramai peminatnya hampa.

Punca sebenar akaun lama Maira dengan nama @Gorgxous digantung tidak pula diketahui sesiapa namun jangan risau kerana beliau sudah mewujudkan satu akaun baru yg menggunakan nama @MairaElizxbeth.

Setakat ini, akaun baru tersebut sudah mempunyai lebih 2,000 peminat dan semakin meningkat secara mendadak setiap hari.



Sementara itu, Maira mengakui statusnya sebagai orang biasa dan bukannya selebriti telah memudahkan untuknya menjawab pertanyaan-pertanyaan dari kalangan pengikut beliau di twitter berhubung tragedi pesawat MH370.

"I orang biasa je la. Makin kita membesar, makin kita mempelajari erti kehidupan. Saya mempunyai kelapangan sekarang. Sebab itu saya boleh menjawab mesej daripada setiap peminat."
Tag : Isu Semasa
0 Komentar untuk "Kenapa Akaun Twitter Anak Ketua Pramugara Di Gantung?"
Back To Top