Searching...
11 Jun 2013
23:06 0

LISA SURIHANI MUNGKIN DAPAT ANAK KEMBAR

 



LAPAN bulan menyemai cinta di alam rumahtangga, ternyata setiap momen bahagia itu dinikmati dan dihargai

oleh pelakon yang cukup dekat di hati masyarakat.

Tentu sekali kita sedang berbicara mengenai si cantik manis Lisa Surihani Mohamed, 26, dan pasangannya Yusry Abdul Halim, 39.

Kemana-mana pun mereka pergi, kedua-duanya tidak pernah gagal meraih perhatian peminat yang begitu gembira dengan penyatuan dua jiwa itu sebagai suami isteri.

“Sebenarnya Lisa rasa bersalah sangat, ” katanya ringkas sekali gus mencetuskan rasa ingin tahu penulis.

“Lisa rasa bersalah sebab lepas kahwin ni berat badan makin naik. Nampak makanan yang sedap, mesti nak makan.

“Cuba juga kawal, tapi kadang-kala tewas. Mungkin juga macam orang cakap, tengah bahagia agaknya. Tapi sekarang dah susut kembali,” katanya dalam derai tawa.

Sengaja mengusik pelakon filem Sekali Lagi dan Ombak Rindu ini yang seolah-olah menunjukkan tanda-tanda kehamilan.

Namun, Lisa cepat-cepat menepis usikan itu.

“Tak adalah. Belum lagi. Sekarang ini pun kami sedang berusaha untuk dapatkan anak. Tentang berat badan, setakat ini tak ada pula doktor yang kami temui menyarankan saya untuk naikkan berat badan.

“Iyalah, memandangkan saya ni kurus sangat dulu, ada juga yang kata begitu. Tapi alhamdulillah, doktor pun tak minta saya naikkan berat badan dan saya sihat,” katanya.

Lanjut bercerita mengenai anak, kata Lisa, dia tidak setuju jika ada yang mengatakan dia mahu merancang keluarga seperti sesetengah pasangan suami isteri lain yang baru berkahwin.

Menyedari bahawa ada pasangan yang membuat keputusan begitu kerana mahu menikmati masa berdua dan enggan terbeban dengan anak, kata Lisa, perkara itu tidak berlaku pada dia dan Yusry.

“Untuk kehamilan pertama, saya dan Yusry kalau boleh mahu anak cepat. Kami ambil kata-kata orang lama yang banyak menasihatkan agar usah merancang keluarga untuk kehamilan pertama.

“Bagi kami, anak itu adalah rezeki. Tuhan nak beri kita terima. Tapi untuk anak kedua, saya dan Yusry dah bersetuju yang kemungkinan kami akan merancang. Itu baru cara yang betul kalau kita sebut pasal bab merancang keluarga.

“Orang kita sekarang ni banyak yang dah salah faham.

“Ramai ingat yang kehamilan pertama perlu dirancang, padahal yang disarankan adalah untuk kehamilan kedua.

“Tapi nak merancang pun, kenalah berpada-pada. Banyak faktor kena ambil kira. Perkara ini pun dah diterangkan dalam kursus pra perkahwinan.

“Biasanya, dari segi kewangan, kerjaya dan macam-macam lagi,” katanya panjang lebar.

Diminta jaga diriSemestinya, sebagai seorang wanita yang melalui fasa hidup sebagai seorang isteri, anak keempat daripada lima beradik ini juga mahu bergelar ibu sama seperti wanita lain.

Mempunyai suami prihatin dan penyayang seperti Yusry tentu sekali menyebabkan Lisa dalam masa yang sama turut dicemburui ramai.

Mungkin juga sebagai langkah dan usaha mereka untuk menimang cahaya mata, kongsi Lisa, suaminya itu kerap kali memintanya supaya sering menjaga diri.

“Ada jugalah masa-masanya, Yusry minta supaya saya berhati-hati ketika melangkah kemana-mana. Macam-macamlah pesanan dia.

“Jangan jalan laju-laju sangat, jangan selalu sangat pakai kasut tinggi, jaga pemakanan, pendek kata dia memang banyak berpesan pada saya,” katanya.

Seronok dapat kembarIbarat satu soalan lazim untuk mana-mana pasangan yang baru berkahwin bila ditanya soal anak.

Soalan susulan tentunya akan muncul dan ia biasanya berkisar tentang jantina anak pula.

Sama seperti Lisa, dia juga mengaku tak pernah surut ditanya dengan soalan-soalan sedemikian. Namun tidak pernah sekali pun dia mengelak untuk menjawab.

“Biasalah, orang akan tanya benda-benda begini. Tapi soal jantina sama ada saya atau Yusry, kami berdua tak pernah kisah pun.

“Bagi kami anak itu rezeki. Cuma, kalau ditanya dan ikutkan rasa mahu tu, kalau boleh saya nak anak lelaki sebagai anak pertama.

“Sebab nanti dia boleh jadi pembimbing pada adik-adiknya. Kalau Yusry pula, dia mahu anak perempuan.

“Tapi lagi seronok kalau dapat anak kembar. Kebetulan, masa ibu mengandungkan saya, dia kata saya ada kembar.

“Tapi kembar saya tu tak kuat. Saya tak menolak mungkin kami juga boleh dapat anak kembar berdasarkan genetik saya.

“Tunggu sahajalah berita gembira nanti. Kalau betul alhamdulillah. Doakan kami,” katanya.
Lisa & nombor duaJangan salah faham. Ini tidak ada kaitan dengan keinginan Yusry untuk menambah bilangan isteri selepas Lisa.

Sumber


0 comments: