Pertuturannya kurang jelas, setiap kata yang diluahkan dari bibir perlu mengambil masa untuk diungkapkan. Begitulah keadaan seniwati Azean Irdawati selepas
pembedahan membuang tumor dan sel mati di kepalanya, bulan lalu.
Azean atau lebih mesra dipanggil Kak Yan perlu melawan kemampuan diri untuk kembali mengingati persekitaran selepas daya ingatannya sedikit merosot.
"Alhamdulillah, Kak Yan masih kuat, nampak saja macam lemah," katanya yang berfikiran positif melawan dugaan penyakit ketika HIP melawatnya di kediamannya di Bandar Utama, Petaling Jaya, kelmarin.
Begitupun, setiap kali diajukan soalan, dirinya termenung seketika seolah memikirkan sesuatu untuk dijawab.
Kak Yan juga sukar melakukan kerja mudah seperti menghidupkan televisyen atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) hingga terpaksa meminta bantuan suami.
"Pembedahan itu tidak menyakitkan walaupun tempurung kepala Kak Yan dipotong untuk membuang sel mati yang mengganggu sistem badan.
"Sudah tidak ada apa yang nak Kak Yan rasa sakit. Kak Yan sudah lali dengan kesakitan sejak dulu.
“Kak Yan reda dengan apa yang bakal berlaku jika Allah meminta Kak Yan pulang kembali kepada-Nya apa yang sudah dipinjamkan," katanya dengan nada yang sangat rendah dan tersusun.
Sejak dibenarkan pulang dari Hospital Sungai Buloh pada 30 April lalu, Kak Yan menghabiskan masa di katilnya berehat. Pergerakan terbatas akibat berat badannya semakin naik selepas mengambil ubat steriod.
"Sejak keluar hospita,l Kak Yan cepat rasa lapar. Dua jam sekali pasti nak makan sehingga Kak Yan susah nak tidur.
"Tapi kini sudah semakin sihat dan kuat selepas Kak Yan tidak ambil lagi ubat steriod. Cuma Kak Yan perlu banyak berehat,” katanya.
Kak Yan berkata, doktor menasihatkan supaya tidak menerima ramai tetamu bagi menjaga kesihatan.
"Kak Yan hanya menerima tetamu yang betul-betul memahami penderitaan Kak Yan dan ikhlas mengambil berat kesihatan Kak Yan,” katanya yang sentiasa ditemani suami tercinta.
Tetap mengundi pada PRU-13
Walaupun pergerakan agak terbatas di luar, pelakon serba boleh ini tetap bersemangat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), baru-baru ini.
"Mengundi itu sudah tanggungjawab. Dari awal saya berjanji untuk mengundi biarpun apa yang berlaku.
"Saya mengundi di Parlimen Kampung Tunku dengan menaiki ambulans yang terpaksa disewa pergi dan balik dengan kos RM300.
"Apa pun, saya puas kerana hajat saya tercapai untuk mengundi bagi menentukan kepemimpinan kerajaan," katanya.
Kesihatan Kak Yan bergantung kepada pengambilan ubat berkala. Setiap bulan, ibu kepada pelakon Benjy itu memerlukan kos perubatan tidak kurang RM20,000.
"Alhamdulillah, buat masa ini makan dan minum tidak ada masalah kerana duit hasil daripada perniagaan Amway mampu menanggung kami sekeluarga.
"Cuma yang sangat berat adalah kos ubat yang mahal. Selain itu, fisoterapi yang harus dilakukan seminggu tiga kali dan kos membeli lampin pakai buang serta khidmat jururawat yang akan menguruskan Kak Yan tiga kali seminggu,"
Sumber
0 Komentar untuk "SENIWATI AZEAN IRDAWATI POSITIF"