VOKALIS kumpulan Green Day, Billy Joe Armstrong menyelar penyanyi Psy
yang cukup popular di seluruh dunia dengan memanggilnya virus herpes
(berjangkit) dalam dunia muzik.
Billy berkata demikian menerusi sekeping foto Psy yang dimuat naik
menerusi laman Instagram miliknya dan tindakannya itu telah mengundang
perbalahan di kalangan peminatnya dan Psy.
Bagaimanapun, Psy dalam satu temu bual tenang dengan tindakan Billy
malah berterima kasih terhadap penyanyi itu."Saya perlu bertemu
dengannya. Siapa nama dia? Billy? Dia memanggil saya virus herpes? Saya
menyukainya, terima kasih," ujarnya ketika muncul dalam program Fuse.
Psy berkata, dia ingin membuktikan bahawa dia bukan artis bersifat
sementara dan berusaha mengulangi kejayaan Gangnam Style menerusi lagu
terbaharunya, Gentleman. -Mstar
0 Komentar untuk "Gelaran baru buat penyanyi Korea, PSY"