malaynews1. Powered by Blogger.

Gambar Suami Belasah Isteri Di Komuter ( 4 Gambar)

 

Manusia yang dilahirkan atas muka bumi ini dianugerahkan otak serta akal fikiran untuk memastikan setiap tindakan yang dilakukan difikir terlebih dahulu.


Kami ingin berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan mencederakan isterinya

Tambah menggemparkan, kejadian itu berlaku di dalam komuter di China.
Bukan itu sahaja, lelaki tersebut terus mencederakan isterinya walaupun dia dihalang oleh pengawal keselamatan yang berada di dalam tren.

Di dalam video itu juga kedengaran tangisan bayi yang sangat kuat.
Mungkin bayi iu merupakan anak kepada pasangan tersebut.

Video kejadian tersebut kini mula viral di laman-laman sosial.
Ramai pihak mengkritik tindakan lelaki tersebut yang memukul isterinya di dalam tren.





Selain itu, ramai juga pihak yang mengkritik penumpang komuter yang bertindak untuk melihat sahaja dan bukan menghalang lelaki tersebut.

Salah seorang komentator berkata,”Para penonton menikmati persembahan percuma? Mengapa mereka tidak boleh membantu untuk menarik lelaki itu? Berharap perkara ini tidak akan berlaku di Singapura.”
Justeru, gunakan akal fikiran anda yang dianugerahkan oleh Tuhan sebelum membuat sebarang tindakan terdesak.

Orang awam tidak akan melihat anda sebagai seorang suami yang hebat, tetapi anda adalah seorang lelaki yang dayus.

Sumber


0 Komentar untuk "Gambar Suami Belasah Isteri Di Komuter ( 4 Gambar)"
Back To Top