malaynews1. Powered by Blogger.

Perjalanan Shila Amzah Menjadi ‘Superstar’




HULU LANGAT – Selepas menjuarai Asian Wave 2012, Shila Amzah, 23, sekali lagi bakal mencatat sejarah menjadi sebagai artis Malaysia pertama yang akan mengadakan persembahan di Lincoln Center, New York, Amerika Syarikat.

Konsert yang akan berlangsung pada 30 Mac ini bakal membawa Shila bersama beberapa artis hebat negara China dalam konsert jelajah Amerika di bawah pengurusan Shanghai Media Group (SMG).

Bapa yang juga pengurus kepada penyanyi ini, ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 52, berkata perancangan rapi telah diatur bagi membawa Shila ke peringkat antarabangsa sekaligus menjadikannya artis bertaraf Superstar.

“Tumpuan diberikan untuknya mempersiapkan diri bergelar superstar. Kita buat yang terbaik, Saya percaya dengan semangat dan jati diri yang ada dalam dirinya, dia boleh berjaya sekaligus mengharumkan nama Malaysia ke persada muzik dunia,

“Banyak perancangan yang diatur selepas pulang dari menunaikan umrah dan Shila merupakan artis pertama yang menandatangani kontrak selama enam tahun bersama Shanghai Media Group (SMG). Shila juga telah dilantik sebagai Duta Persahabatan negara Malaysia dan China pada Januari lalu,” katanya pada sidang media selepas majlis doa selamat sempena penubuhan Shila Entertainment Berhad, di kediamannya, Jumaat.

Syarikat tersebut bertindak menguruskan perjalanan kerjayanya di Malaysia, di Hong Kong dan Los Angeles.

HULU LANGAT: Selepas menjuarai Asian Wave 2012, Shila Amzah, 23, sekali lagi bakal mencatat sejarah menjadi sebagai artis Malaysia pertama yang akan mengadakan persembahan di Lincoln Center, New York, Amerika Syarikat.

Konsert yang akan berlangsung pada 30 Mac ini bakal membawa Shila bersama beberapa artis hebat negara China dalam konsert jelajah Amerika di bawah pengurusan Shanghai Media Group (SMG).

Bapa yang juga pengurus kepada penyanyi ini, ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 52, berkata perancangan rapi telah diatur bagi membawa Shila ke peringkat antarabangsa sekaligus menjadikannya artis bertaraf Superstar.

“Tumpuan diberikan untuknya mempersiapkan diri bergelar superstar. Kita buat yang terbaik, Saya percaya dengan semangat dan jati diri yang ada dalam dirinya, dia boleh berjaya sekaligus mengharumkan nama Malaysia ke persada muzik dunia,

“Banyak perancangan yang diatur selepas pulang dari menunaikan umrah dan Shila merupakan artis pertama yang menandatangani kontrak selama enam tahun bersama Shanghai Media Group (SMG). Shila juga telah dilantik sebagai Duta Persahabatan negara Malaysia dan China pada Januari lalu,” katanya pada sidang media selepas majlis doa selamat sempena penubuhan Shila Entertainment Berhad, di kediamannya, Jumaat.

Syarikat tersebut bertindak menguruskan perjalanan kerjayanya di Malaysia, di Hong Kong dan Los Angeles. – mStar
0 Komentar untuk "Perjalanan Shila Amzah Menjadi ‘Superstar’"
Back To Top