
Diana berkata dia tidak berniat untuk melarikan diri daripada menjawab
pelbagai soalan mengenai kehamilannya kerana menganggap apa yang
diumumkan sebelum ini sudah cukup menjelaskan keadaannya sekarang.
PUTRAJAYA:
Pelakon jelita Diana Danielle enggan memberikan komen lanjut mengenai
kehamilannya sejak mengumumkan berita itu di laman sosial Instagram
baru-baru ini.
Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny
Beeson, 21, berkata, dia tidak berniat untuk melarikan diri daripada
pihak media bagi menjawab pelbagai soalan mengenai kehamilannya kerana
menganggap apa yang diumumkan sebelum ini sudah cukup menjelaskan
keadaannya sekarang.
“Jangan marah-marah ya.. Saya suka berkongsi hal-hal kehidupan peribadi kepada umum tetapi ada hadnya.
“Maafkan saya sekiranya ada pihak yang terasa dan menganggap saya seperti cuba ingin melarikan diri,” katanya.
Diana
ditemui selepas majlis resepsi perkahwinannya bersama Farid Kamil
Zahari di Taman Ekuestarian Putrajaya, dekat sini, pada malam Sabtu.

Diana tampil anggun dengan gaun berona putih rekaan MimpiKita pada
majlis resepsi perkahwinannya yang diadakan di Taman Ekuestarian
Putrajaya, dekat sini, pada malam Sabtu.
Tambah Farid pula, dia pada mulanya tidak menyangka bahawa isterinya
berkongsi berita gembira itu di Instagram begitu cepat namun menganggap
ia sekadar keterujaan seorang wanita yang bakal bergelar ibu.
“Saya harap tiada siapa yang tidak berpuas hati dengannya apabila tidak menjawab panggilan media.
“Bukannya
tak nak, saya sendiri tak sangka kandungannya itu sudah diumumkan di
Instagram. Mungkin ia adalah perasaan keterujaan seorang wanita yang
bakal menjadi ibu.
“Lagipun dia tidak menyorokkan diri daripada sesiapa kerana berita berbadan dua itu diumumkan sendiri olehnya,” ujar Farid.
Seramai
600 tetamu yang terdiri daripada kalangan orang kenamaan, para media,
selebriti, rakan-rakan dan keluarga di kedua-dua belah pihak keluarga
hadir ke majlis resepsi itu yang bertemakan ‘Barbeque Wedding’.

Pasangan itu tiba di perkarangan Taman Ekuestarian pukul 9 malam
dengan menaiki pedati kuda diiringi pegawai khas unit berkuda PDRM
(Polis DiRaja Malaysia).
Pasangan itu mula memasuki perkarangan Taman Ekuestarian pukul 9
malam dengan menaiki pedati kuda diiringi pegawai khas unit berkuda PDRM
(Polis DiRaja Malaysia).
Diana anggun dengan gaun mewah rona
putih rekaan MimpiKita serta disolek oleh Chot manakala Farid pula cukup
segak dengan pakaian beruniform khas yang ditempah sendiri.
Walaupun
majlis tersebut mempunyai masalah bekalan elektrik sepanjang acara
berlangsung, pasangan itu tetap bersyukur apabila kesemua tetamu dapat
meraikan hari istimewa tersebut bersama-sama mereka.
“Alhamdulillah, majlis resepsi berkonsepkan taman dengan selitan unsur-unsur formal menjadi.
“Cuma saya terkejut apabila majlis ini bertukar dengan cahaya gelap gara-gara tiada elektrik.

Pasangan yang telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun itu
diijabkabulkan pada 3 November lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala
Lumpur.
“Tetapi saya dan Diana tetap bersyukur kerana para
tetamu hadir untuk meraikan kami dengan meriahnya. Mujurlah kami
mengenakan pakaian bewarna putih pada malam ini (Sabtu),” seloroh Farid.
Sepanjang majlis berlangsung pasangan itu dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi Adira, Amir Jauhari dan Zul Huzaimi.
Malah
pertunjukan formasi oleh beberapa kuda dengan aksi menarik turut
menghiburkan pasangan Raja Sehari itu serta para tetamu termasuklah
selebriti yang hadir seperti Maya Karin, Fazura, Sazzy Falak dan Ummi
Nazeera.
Sementara itu, majlis resepsi kedua pula akan diadakan
di kampung halaman Farid di Jitra, Kedah. Bagaimanapun pasangan itu
belum menetapkan tarikh.
Majlis resepsi pertama ini bakal ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) pada 9 Disember ini, pukul 9 malam.
Pasangan
yang telah menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun itu
diijabkabulkan pada 3 November lalu di Hotel Flamingo By The Lake, Kuala
Lumpur.
Tag :
berita hiburan
0 Komentar untuk "Enggan Komen Tentang Kandungan, Diana Danielle Tiada Niat Larikan Diri "