malaynews1. Powered by Blogger.

Siaran Langsung Majlis Kahwin Jaguh Badminton



Siaran Langsung Majlis Kahwin Jaguh Badminton

KUALA LUMPUR – Stesen ntv7 akan membuat siaran langsung acara perkahwinan pasangan selebriti sukan negara, Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo pada 9 dan 10 November ini.

Ntv7 melalui satu kenyataan media memberitahu, liputan khas acara perkahwinan yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu turut disiarkan secara dalam talian di www.tonton.com.my.

“Pada 9 November ntv7 akan menyiarkan lintas langsung perkahwinan ini menerusi Edisi 7 pada pukul 7 petang hingga 8 malam. Pada keesokannya pula siaran langsung acara perkahwinan akan disiarkan selama sejam di ntv7 bermula 8.30 sehingga 9.30 malam,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, ntv7 akan turut menyiarkan dokumentari khas perkahwinan jaguh badminton negara terbabit bertajuk ‘A Galaxy Of Love’ pada 11 November ini bermula pukul 9 malam.

Kata kenyataan itu, dokumentari khas berkenaan mempamerkan lebih mendalam kisah pasangan dua sejoli itu melalui temubual dengan kenalan rapat, jurulatih dan klip video pasangan terbabit.

Related Post:

0 Komentar untuk " Siaran Langsung Majlis Kahwin Jaguh Badminton"
Back To Top