WASHINGTON – Sekurang-kurangnya tujuh orang mati dan 91 dilaporkan tidak sihat di Amerika Syarikat akibat wabak meningitis yang semakin merebak dikatakan berpunca daripada ubat yang tercemar.
Pusat Kawalan Wabak dan Pencegahan berkata, kes berkenaan dilaporkan di sembilan wilayah, paling teruk di Tennessee di mana 32 orang dikenal pasti terkena jangkitan kulat dan tiga lagi mati.
Michigan adalah wilayah kedua paling teruk dengan 20 kes dan dua kematian setakat ini.
Kes yang sama turut dilaporkan di Florida, Maryland dan Minnesota. – AFP
Tag :
berita dunia
0 Komentar untuk "7 Maut Wabak Meningitis Merebak Di AS"